Temuduga Terbuka

semua mahasiswa/i MSU yang beragama Islam ditawarkan untuk hadiri temuduga. Temuduga ini adalah untuk mencari barisam pimpinan PMIMSU yang baru.

Jom datang beramai-ramai!!!


AYUH, KITA TAMBAHKAN ILMU DIDADA DENGAN ILMU YANG BERMANFAAT

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DIADAKAN SEPERTI:

1) AKTIVITI UKHWAH (ICE BREAKING)
2)TALKSHOW
3) lATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

MAHASISWA ISLAM MAHASISWA BERILMU!!!





Taaruf's Day

Seperti kebiasaanya, pada setiap awal semester baru PMIMSU akan mengadakan satu perjumpaan bersama ahlinya. Dan untuk semester baru ini, perjumpaan Taaruf's Day telah diadakan pada Rabu lepas (8 Disember) di kelas 605 . Walaupun hujan tetapi kehadiran ahli seramai hampir 80 lebih yang sanggup untuk hadir sangat dipuji dan dihargai oleh kami. Walaupun didalam perancangan terdapat ucapan alu-aluan dari penasihat PMIMSU iaitu Ustaz Herzali tetapi ustaz tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat dengan pihak pengurusan.

Walau bagaimanapun majlis tetap berlansung dengan meriah dan penuh kemesraan seperti satu keluarga. Wartawan PMIMSU@online sempat menemubual saudara Presiden, Halim tentang perjalanan majlis pada hari itu.

" Alhamdulillah syukur kerana kita dapat bersama-sama walaupun terdapat rintangan hujan yang turun tetapi ahli kami tetap juga datang untuk bersama-sama pada petang ini. Ini sesuatu yang sangat kami hargai diatas komitmen sahabat-sahabat sekalian."

Tambah beliau lagi, "Untuk semester ini, kami akan menekankan konsep kekeluargaan dengan menggalakkan ahli untuk menghayati konsep ukhwah seperti mana yang disaran di dalam Al-Quran surah Al_hujurat ayat 10 "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat" dan juga hadis Baginda S.A.W yang bermaksud "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia kasih (mengutamakan) saudaranya sebagaiman ia kasihkan dirinya sendiri".

Selepas ucapan Presiden, majlis pada petang itu itu diteruskan dengan sesi soal jawab sambil diselangi dengan cabutan bertuah. Pelbagai soalan dan juga idea-idea bernas telah diberikan oleh ahli dan ini menunjukkan bahawa ahli PMIMSU bukanlah bersifat pasif sebaliknya bersifat proaktif.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Syed Abdul Faiz dan juga sedikir jamuan ringan. Moga perjumpaan pada kali ini diberkati Allah dan juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pimpinan dan juga ahli PMIMSU.




PMI BOWLING COMPETITION...


JOM SERTAI BOWLING COMPETITON!!!!
UTK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI NO TERTERA...
TEMPAT TERHAD!!!!!
AYUH!!!!

SEMINAR PERMATA ISLAM 1

PMI akn mngjurkan Seminar Permata Islam 1 yg akndiadakan spt berikut :
TARIKH: 18/12/2010 (SABTU)
TEMPAT: KELAS A0605
MASA: 8 AM - 4.30 PM

YURAN: RM 5

(FAIL,HAND-OUT TALKSHOW, MINUM PAGI & MAKAN TENGAH HARI DISEDIAKAN)

TENTATIF PROGRAM:

8.00 AM - PENDAFTARAN PESERTA

8.30 AM - ICE BREAKING

9.00 AM - TALKSHOW 1: AQIDAH ISLAM & CABARAN SEMASA

10.30 AM - SOLAT DHUHA

10.45 AM - MINUM PAGI

11.00 AM - TALKSHOW 2 : ISLAM 360

12.30 PM - MAKAN TENGAH HARI & SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

1.45 PM - LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) DAN SESI PEMBENTANGAN

3.15 PM - KONKLUSI SEMINAR PERMATA ISLAM 1 OLEH PENGARAH PROGRAM

3.30 PM - NYAYIAN LAGU TEMA & BERSURAI

UNTUK PENDAFTARAN ATAU SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

FAWWAZ : 013-9356941
WAHYU :016-4014854



jom tambah ilmu!!!!!!!

pertandingn pidato sempena awal muharam peringkat MSU

smpena dgn smbutan awl muharam prngkat MSU yg akn didakn pd jumaat ini..PMIMSU dgn krjasama SCD akn mgnjurkan prtndingan pidato yg akn diadakan spt berikut :



mahasiswa yg bermnat boleh mnghubungi no yg tertera di ats
ayuuuuh!!!!!!!

RIADHAH BERSAMA PMI : FUTSAL



Assalamualaikum...

dijemput semua ahli PMIMSU utk myrtai kami dalam aktvti RIADHAH BERSAMA PMI : FUTSAL pada :

hari : sabtu
tarikh : 11 disember 2010
masa : 12 pm-2 pm
tempat : extreme park sek 13 shah alam

sedikit info ttg aktvt futsal esk..

-berkumpul pada jam 11.30 am
-tmpat berkumpul ialah di extreme park sek 13 shah alm
-sila berpakaian sukan yang sopan
-boleh mengajak sahabat2 lain yg brminat (bkn ahli)
-bayaran adalah berdasarkan jumlah peserta ( ditentukan esk)

"jom sme2 beriadhah di smping mngratkn ukhuwwah antra kite family PMI"



TA'ARUF DAY

Assalamualaikum...

semua ahli PMIMSU dan juga mahasiswa yang berminat mnjadi ahli dijemput hadir ke majlis "Ta'ruf Day" iaitu perjumpaan bersama ahli yg akn diadakan seperti berikut :


TARIKH : 8 DISEMBER 2010 (RABU)

MASA : 5 pm - 7 pm

TEMPAT : A0605






PELBAGAI AKTIVITI MENARIK YG AKN DIADAKAN SPT :

-PEMBENTANGAN AKTIVITI PMI
-PENDAFTARAN AHLI BARU
-CABUTAN BERTUAH
-PERSEMBAHAN NASYID
-JAMUAN RINGAN

AYUH MAHASISWA!!!!

Cerpen: Apa yang kumahu dari Raja


Teratak usang itu buruk, menjadi peninggalan turun temurun. Di dalamnya tinggal seorang pemuda yang bernama Qodri. Walaupun miskin, masyarakat sekeliling sangat menyenanginya kerana keperibadiannya yang baik, penyantun, jujur dan amanah. Lantaran itu, Raja telah memanggilnya dan melantik Qodri sebagai tukang kebun istana.

Ketekunan dan kejujuran Qodri dalam pekerjaanya membuatkan Raja sangat kasih kepadanya. Semestinya sudah lumrah dunia, orang yang baik pasti ada yang dengki. Menteri-menteri kerajaan dan pembantu-pembantu istana yang lain berasa iri hati dengan layanan Raja terhadap Qodri.

Suatu hari terlintas di hati Raja untuk menguji kejujuran Qodri. Maka, dipanggilah semua pembantu istana, menteri-menteri dan pegawai tinggi kerajaan. Raja bertanya kepada semua yang hadir, " Adakah kalian sanggup mendengar dan melaksanakan titahku?"

" Sanggup tuanku!" jawab mereka serentak.

Raja kemudian mengeluarkan permata besar miliknya. " Sekarang aku perintahkan kamu untuk memecahkan permata ini," ujar sang Raja.
Kesemua pembantu istana, menteri-menteri dan pegawai kerajaan menolak untuk melaksanakannya. Mereka mengatakan terlalu sayang kalau permata kerajaan yang amat berharga itu dipecahkannya.

Kemudian, Raja menyuruh Qodri menghancurkan permata itu. Tanpa berfikir panjang, Qodri memecahkan permata itu dengan kapaknya. Kesemua hadirin terkejut melihat permata itu pecah berderai. Lantas mereka memaki-maki dan memarahi Qodri atas kebodohannya memecahkan permata itu.

"Mengapa kamu memecahkan permata itu?" tanya Raja.
Dengan tenang Qodri menjawab, " Ampun tuanku. Patik hanya mentaati perintah tuanku untuk menghancurkan permata itu. Bagi patik, permata itu tiada nilainya jika dibandingkan dengan perintah tuanku dengan mulia."

Mendengar jawapan itu, Raja tersenyum bahagia. Peristiwa itu menambahkan rasa kasih Raja terhadap Qodri. Hal itu meneybabkan kebencian semakin menebal dalam diri pekerja yang lain.

Suatu hari, Raja sekali lagi ingin menguji kejujuran dan kepintaran Qodri. Maka dikumpulkan seluruh penghuni kerajaan kemudian berkata,"Sekarang, aku bagi peluang kepada kalian semua. Apa saja barang berharga disekeliling yang kalian pegang boleh diambil dan dimiliki."

Suasana menjadi hiruk-pikuk. Para menteri yang berdiri dekat dengan perhiasan kerajaan berebut mengambilnya. Ada yang mengambil emas, permata, dan banyka lagi barang yang berharga.

Tetapi, Raja hairan melihat Qodri hanya berdiam diri sahaja. " Mengapa kamu tidak mengambil barang berharga yang dekat dengan kamu?" tanya Raja.

Qodri menjawab denagan pertanyaan, "Patik hanya ingin memastikan perintah tuanku tadi, adakah benar tuanku menyuruh memegangn barang berharga terdekat dan setelah itu barangan tadi menjadi milik patik?"

"Benar" jawab Raja.

Serta-merta Qodri memeluk tubuh Raja. Semua yang hadir kaget melihat tindakan Qodri itu. Setelah Raja meredakan suasana, dia meminta penjelasan dari Qodri.

Qodri dengan bijaksana menjelaskan mengapa dia memeluk Raja, "Sesungguhnya barang yang paling berharga dalam kerajaan ini ialah Raja sendiri. Sesiapa yang memiliki Raja, secara tidak langsung dia telah memiliki seluruh kesenangan."

Kemudian Qodri melanjutkan hujahnya, "Begitulah tamsilannya untuk kita sebagai manusia. Jika manusia 'memegang' hubungannya dengan Allah SWT, maka Allah SWT (Maha Raja dari sekalian raja) akan bersama dengan kita setiap saat. Secara tidak lansung pertolongan serta bantuanNYa senantiasa bersama kita. Setiap doa dan hajat kita dimakbulkanNya. Dan kalau semua ini sudah wujud, maka seluruh ciptaan Allah SWT akan tunduk dan berkhidmat(melayani) kita."

Kesimpulan tamsilan

Sidang pembace sekalian, berdasarkan tamsilan ini dapat kita simpulakan bahawa manusia yang berpegang dengan janji-janji Allah SWT akan mendapat segala bentuk bantuan dariNya tidak kira kesenangan dunia mahupun di akhirat kelak.
Firman Allah SWT dalam surah Muhammad ayat ke-7:
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan menetapkan kaki kamu"

Timb Exco Dakwah PMIMSU 10/11
Ummu AIman BT Hasbullah

Perutusan Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setelah kita menjalani ibadah puasa beberapa bulan yang lepas, kini kita pula akan menjalani ibadah korban ataupun Hari Raya Aidil Adha. Segala pujian rasa syukur harus kita lafazkan tatkala ramai saudara kita sedang menderita terutama di Palestin tetapi kita akan menyambut didalam keadaan yang aman. Tetapi ramai sekali diantara kita yang kurang bersyukur seperti mana yang terdapat dalam surah Saba ayat 13 bermaksud " dan amat sedikit dari hamba-hambaku yang bersyukur". Apakah kita termasuk dalam golongan tersebut? Akal diberi Tuhan untuk kita berfikir.

Sahabat-sahabat sekalian,

Dalam menyambut hari raya Aidil Adha kita tidak akan terlepas dari konsep pengorbanan. Dan dalam konteks kita sebagai seorang yang masih lagi menuntut ilmu, kita harus melakukan pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga dalam mencapai kejayaan. Itu semua harus kita korban jika mahu menggengam sebuah kejayaan. Kejayaan didalam pelajaran haruslah seimbang dengan dengan kejayaan dalam sahsiah dan juga akhlak. Apa guna kita sanggup berkorban untuk berjaya di dunia tetapi tidak sanggup untuk berkorban untuk akhirat. Ramai yang tidak sanggup untuk mengorbankan wang ringgit dan juga masa untuk berdakwah, bahkan sebenarnya itulah yang sangat dituntut oleh agama kita. Tidak ada syarat untuk berdakwah harus mereka yang memakai serban, tudung labuh, ustaz dan ustazah sehaja. Semua boleh berdakwah dalam erti kata yang lain mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Itulah yang PMIMSU lakukan di bumi wakafan MSU ini. Saya berharap agar sahabat-sahabat bersama-sama kami dalam menjalankan usaha dakwah ini.

Sebelum mengakhiri, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada mahasiswa/i baru yang akan mendaftar pada hujung minggu ini dan juga selamat kembali meneruskan perjuangan kepada mahasiswa/i senior. Harus diingat, ilmu dunia dan akhiart perlu dicari secara seiring. Inilah pengorbanan yang harus kita lakukan untuk berjaya di dunia dan akhirat.


Presiden PMIMSU 10/11
Mohamad Halim Bin Mohamad Shariff


Islamic & Culture Center pusat Syiar Islam

Alhamdulillah, akhirnya kampus kita mempunyai tempat solat yang juga dikenali sebagai Islamic & Culture Centre (CCI) yang secara rasminya telah digunakan untuk solat Jumaat yang lepas. Yang lebih menariknya, kutbah Jumaat telah disampaikan oleh Dato' Presiden kita sendiri. Setelah hampir 3 bulan lebih menunggu semenjak kampus baru ini boleh digunakan semenjak sesi kemasukan Mei yang lepas, staff dan juga siswa/i boleh menarik nafas lega kerana dapat menunaikan ibadah solat dalam keadaan yang lebih selesa berbanding dengan surau sementara di tingkat 5 blok Akademik.


Setiausaha Agung PMIMSU, saudara Syed Abdul Faiz ketika ditemubual oleh wartawan PMIMSU@Online berkata, walaupun ianya ringkas tetapi cantik dan selesa. " Banyak kemudahan khas ditingkat 2 yang disediakan seperti bilik teater dan dewan teater. Bahkan En Syed dari SCD juga mempelawa PMIMSU mengadakan program-program dakwah disana."

Beberapa mahasiswa yang ditemui juga melahirkan rasay syukur dengan adanya ICC ini. Saudara Firdaus, 24berkata, " Dengan adanya ICC ini, ia dapat meningkatkan aktiviti jasmani dan rohaniah serta (dapat) mengeratkan silaturahim antara pelajar-pelajar, dan juga pensyarah serta kakitangan di kampus MSU ini". sementara itu, Nurul Zahidah, 23 meluahkan rasa syukurnya dengan adanya ICC ini. " Saya rasa terharu kerana selama tinggal di Brunsfield, tidak pernah mendengar suara azan secara 'live' begini".


Bagi pihak kami, harapan kami adalah supaya ICC ini dapat digunakan semaksimum mungkin dengan menghidupkannya dengan aktiviti-aktivit keagamaan dan dakwah serta dipermudakan untuk melaksanakannya tanpa banyak kerenah birokrasi. Kita tidak mahu masjid hanya digunakan untuk hiasan semata-mata berdasarkan hadis Baginda " Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid" riwayat Abu Daud.



PMIMSU bantah konsert Adam Lambert

Sungguh mengecewakan! Itulah pepatah yang sesuai diucapkan bila wartawan PMIMSU@online mendapat tahu bahawa konsert Adam Lambert akan dianjurkan pada 14 October ini di Stadium Putra. Mungkin ramai yang tidak tahu siapakah penyanyi yang berasal dari Amerika Syarikat ini. Dia merupakan penyanyi yang gemar melakukan perkara-perkara lucah ketika mengadakan konsert nyayian dan menurut sumber yang boleh dipercayai, dia juga merupakan seorang gay.



Gambar ini mungkin tidak sesuai dilihat

Mengulas perkara ini, wartawan PMIMSU@online telah bertemu dengan saudara Presiden, Halim untuk mendengar pendapat beliau.

" Saya (masih lagi) hairan, kenapa konsert yang melibatkan artis Barat seperti contoh Adam Lambert selalunya mudah untuk diterima masuk tanpa sekatan dari mana-mana pihak. Bahkan artis yang dibawa masuk kali ini juga merupakan artis yang teruk dari segi perangainya, kerana dia boleh mempengaruhi anak-anak muda terutama Muslim untuk mengikutinya (gejala gay)."

Tambah beliau lagi, "kerajaan sepatutnya 'alert' dengan perkara sebegini. Dengan status kononnya negara Islam, tindakan membenarkan konsert liar ini akan mencemarkan Malaysia pada kaca mata dunia Islam. Lupakah apa yang telah terjadi pada kaum Nabi Luth yang mengamalkan gejala seks songsang? Kita tidak mahu bala menimpa kepada semua rakyat Malaysia."

"Sepatutnya kerajaan menyokong artis yang membawa konsep ketuhanan seperti Maher Zain yang sukar mendapat tajaan untuk datang ke negara kita, berbanding membawa artis liar untuk berhibur" kata beliau dengan nada sinis.

PMIMSU@online juga mendapat maklumat bahawa Adam Lambert telah menyertai America Idol tetapi telah kalah kerana rata-rata penduduk Amerika sendiri tidak dapat menerima kehidupan Gaynya. Jikalau penduduk Amerika sendiri menolak Adam Lambert, apakah kita yang bangga digelar negara Islam sanggup menerima kunjungan pembawa bala ini?

Kami berharap kerajaan menimbang semula pemberian lesen kelulusan konsert ini, jikalau tidak, kami akan terus mengadakan bangkangan agar negara kita bebas dari gejala hedonisme yang tidak bermanfaat khususnya kepada umat Islam negara ini.



Pendirian PMIMSU tentang isu iklan Hari Raya TV3

Assalamualaikum wbt.

Kami PMIMSU ingin menyatakan pendirian kami tentang iklan Hari Raya yang dikeluarkan baru-baru ini oleh stesen swasta TV3. Bagi kami, iklan tersebut dengan jelas dan terang telah memesongkan akidah umat Islam yang sedia maklum telah lemah desawarsa ini.

Pengaplikasian konsep 1 Malaysia (percampuran pengamalan keagamaan) adalah sama sekali tidak dibenarkan seperti mana firman Allah swt di dalam surah Al-Kaafiruun ayat 6 " untuk kamu agama kamu dan bagiku agamaku". Kami agak kesal dengan pengeluaran iklan tersebut yang ternyata diluluskan tanpa mengambil kita sensitiviti penganut agama Islam di negara kita ini.

Walaupun pemohonan maaf telah dibuat, saya mendesak beberapa tuntutan kepada pihak pengurusan stesen tv3 iaitu:

1) Setiap pengeluaran iklan mestilah mendapat pandangan tokoh agama supaya perkara yang sama tidak lagi berulang

2) Menghapuskan iklan yang berunsur kelucahan dan pengeksploitasian terhadap wanita

3) Selain itu, pihak stesen TV3 harus menghentikan program yang berbentuk hedonism yang tidak memberi faaedah kepada masyarakat seperti program Mentor, My Star LG dan konsert hiburan.

Kami berharap agar pihak stesen TV3 mengambil pengajaran dengan apa yang telah berlaku dan tidak mengulangi lagi perkara-perkara yang boleh menjatuhkan martabat Islam itu sendiri.

Presiden PMIMSU sesi10/11
Mohamad Halim Bin Mohamad Shariff



video



SELAMAT HARI RAYA


Salam Aidilfitri dari kami Pimpinan PMIMSU seisi 10/11

Hati-hati di jalan raya

Moga sahabat-sahabat selamat pulang ke kampung!!




Road Tour De PMIMSU



InysaAllah buat julung kalinya kami akan mengadakan road tour untuk mengimarahkan surau ditempat kediamanan yang terpilih. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara Pimpinan PMIMSU dan juga ahli.

Jumpa anda disana!!




ISTIMEWANYA WANITA ISLAM.

“Susah betul la Islam ni, nak pakai itu tak boleh.. nak pakai ini pun tak boleh.. langsung tak up to date..”.


“Ish, apalah kau ni? Nak pakai macam ni ke? Kau biar betul, takkan la nak pergi majlis grand macam ni pakai tudung labuh jugak kot?”


Rungutan dan fahaman seperti ini seringkali kita dengari dari mulut wanita-wanita Muslimah pada zaman ini terutamanya dalam kalangan remaja. Hal seperti ini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita sekarang memandangkan dunia fesyen kini telah berkembang pesat dan menyajikan aneka jenis pakaian. Namun begitu, apakah rungutan dan fahaman mereka ini harus kita iakan sahaja? Apakah kita akan terus membiarkan mereka dengan fahaman seperti ini walaupun kita mengetahui hakikat dan kenyataan yang sebenarnya? Ayuh kita teruskan pembacaan ini..


Ada segelintir wanita mendakwa bahawa menjadi wanita Islam itu suatu perkara yang sukar. Mari kita sama-sama lihat beberapa peraturan mengenai wanita Islam:

  1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
  4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
  5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat pada isterinya.
  7. Talak terletak di tangan suami dan bukan pada isteri.
  8. Wanita kurang dlm beribadat kerana datang haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Disebabkan semua peraturan ini, ramai yang kononnya memperjuangkan hak dan memerdekakan wanita Islam. Namun, pernahkah kita melihat disebalik kesemua peraturan ini ada maksudnya yang tersirat (kenyataannya)?

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terselerak bukan?

Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seoanrg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ... demikianlah sayangnya ALLAH pada wanita....

Wallahu’alam...

Exco HELWANIS PMIMSU

Jogging Ukhuwwah



JOM SERTAI KAMI

AKAN BERMULA PADA 9 JULAI 2010

SEMUA DIJEMPUT HADIR

'AKAL YANG CERDAS DATANGNYA DARI BADAN YANG SIHAT'



Sombongkah kita?

Realiti minda mahasiswa hari ini, rutinnya, pagi ke kelas, belajar, belajar dan terus belajar. Setiap hari mereka akan diberikan assignment, groupwork, ataupun lab report untuk disiapkan. Selang beberapa minggu pengajian, mereka akan diuji dengan quiz, presentation, pre-test, dan lain-lain lagi, semata-mata untuk menguji sejauh mana keupayaan mereka dalam menuntut ilmu.


Dari sudut lain, ada sesetengah dari mereka, hari-harinya, berlalu begitu saja. Selang beberapa bulan, duit ptptn, mara masuk. Kalau duit bulan tak masuk lagi, ditelefonnya ibu dan ayah di kampung supaya memasukkan duit ke dalam akaun masing-masing. Berbagai-bagai alasan diberikan. Sehingga kekadang terpaksa berbohong kepada ibu ayah untuk mendapatkan belanja duit yang lebih. Ah, senangnya hidup. Bahagianya diri . . .

Namun begitu, dalam mengharungi semua ini, sedarkah kita kawan-kawan sekalian . . ? Pernahkah kita bertanya kepada diri kita bagaimana susahnya ibu ayah bekerja untuk mendapatkan sedikit wang untuk anak-anak mereka yang menuntut di perantauan..? Pernahkah kita bertanya kepada diri kita sebanyak mana keringat yang telah ibu ayah kita korbankan semata-mata untuk melihat anak-anak mereka berjaya..? Pernahkah kita bertanya sudah berapa banyak perasaan ibu ayah terguris semata-mata untuk melihat anak-anak mereka gembira . . ? Kawanku sejauh mana kita berusaha untuk mereka . . .

Kawanku, itu pengorbanan ibu dan ayah buat kita . . . Bagaimana pula dengan pemberian Allah SWT ke atas kita . . ? Nikmat-nikmatNYA . Kejayaan kita dalam exam umpamanya, nikmat pada merasai kelazatan makanan contohnya, bahagia dalam mengecapi keharmonian kasih sayang dalam keluarga, akrabnya ikatan persahabatan dengan sahabat-sahabat yang lain... Di mana kita kawanku...?

Terlintaskah di benak pemikiran kita bahawa Allah terlalu sayang kepada hamba-hambaNYA...? Namun... Di mana kita ketika Allah menyeru kita kawan-kawanku...? Ketika azan berkumandang, di mana kita...? Berapa kali kita solat berjemaah dalam seharian...? Berapa kali kita menghulurkan bantuan, menghulurkan tangan untuk membantu mereka-mereka yang benar-benar memerlukan...? Sejauh manakah usaha kita apabila Allah menyeru kita untuk menegakkan hak-hakNYA di muka bumi..? Di mana kita ketika kawanku...?

Di mana kita ketika Allah berfirman yang mafhumnya,

" Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan bagi faedah manusia, agar kamu menyeru ke arah pengislahan (kebaikan) dan menegah ke atas segala kemungkaran (kebatilan) . . . "

Di mana kita...?


Kejamkah kita untuk berpaling dari hidayah Allah SWT sedangkan Allah tidak pernah lupa untuk menganugerahkan kita dengan nikmatNYA yang pelbagai sehari-harian...? Hebat sangatkah kita untuk menyombongkan diri dengan Allah dan ibu ayah kita...? Mungkinkah kita masih terlena dengan keasyikan dunia...?

Sedarlah kawanku, muhasabahlah jalan-jalan hidup yang telah kau lalui..


Petikan blog exco Dakwah
Saudara Ahmad Fawwaz 'Afifi Jamallodin


Perjumpaan Ta'aruf Day

Alhamdulillah, itulah ucapan yang paling sesuai kami ucapkan. Setelah hampir 2 minggu merancang, akhirnya kami berjaya juga mengadakan program PMIMSU yang pertama untuk sesi 10/11. Pada 30 Jun bersamaan 18 Rejab yang lepas, program Taa'ruf Day telah diadakan di A0604 bermula pukul 5.30 petang. Kami berasa agak terkejut dengan sambutan yang diberikan kerana mengikut senarai nama pendaftaran, seramai 106 orang telah hadir ke program tersebut.

Kehadiran yang memberansangkan ini telah memberi kami semangat untuk berjuang dalam medah dakwah ini. Bahkan buat pertama kali dalam sejarahnya, kami telah menerima keahlian non-muslim seramai 3 orang dan mereka telah hadir sekali pada program ini untuk menunjukkan sokongan mereka kepada PMIMSU. Mengulas isu ini, saudara Presiden Halim berkata "Mengapa kita tidak boleh membuka keahlian PMI kepada non muslim? saya tidak nampak ada masalah dengan perkara tersebut. kami mengajak mereka untuk menyertai program tertentu seperti aktiviti riadhah, talkshow motivasi, dan bukannya aktiviti yang melibatkan perkara ibadah seperti solat.”

Tegas beliau lagi "Apakah mereka ini adalah golongan non muslim bermakna mereka tidak mempunyai hak untuk menyertai program yang bukan bersifat ibadah?Mengapa perlu ada sifar diskriminasi sebegitu?Saya yakin jika kena pada caranya banyak kebaikan yang akan dapat sekiranya kami membuka keahlian kepada non muslim."

Bahkan program pada petang itu juga menjadi ‘panas’ terutamanya ketika sesi soal jawab antara ahli dan juga pimpinan. Pelbagai idea dan juga pandangan yang kritis dan membina telah diberi oleh ahli untuk memantapkan lagi PMIMSU dan ini menunjukkan bahawa ahli juga bersedia bersama dengan pimpinan untuk meneruskan gerak kerja dakwah ini.

Moga PMIMSU terus maju dalam membentuk biah solehah di bumi wakafan MSU ini.InsyaAllah.