Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda- tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.


PERUTUSAN PRESIDEN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Salam

Lahirnya seorang pemimpin yang agung. Itulah gambaran yang boleh saya sifatkan keatas kelahiran nabi akhir zaman, yang diberi nama Muhammad. Sifat kepimpinan yang ada pada batang tubuh Baginda saw mengcakupi semua perkara dari aspek sebagai seorang pemimpin negara, ketua angkatan perang, seorang suami dan seorang bapa kepada anak-anaknya. Lahirnya Baginda Rasulullah saw ini bukan sekadar memberi rahmat kepada manusia, tetapi kepada semua alam.

"Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam"(Al-Anbiya:107)

kita sebagai seorang yang daie ataupun pendakwah seharusnya menjadikan sifat pimpinan yang ada pada baginda ini sebagai salah satu dari intipati diri kita ini. 4 sifat yang saya rasa perlu ada pada seorang daie adalah sifat siddiq, amanah, tabligh, dan juga fatonah yang mana akan menjadikan kita ini seorang pemimpin yang hebat, yang mengikuti jejak langkah pimpinan Baginda Rasullullah saw didalam apa jua tindakan dan juga keputusan yang kita ambil dan juga putuskan. Walau apa jua keputusan yang kita putuskan mestilah tidak lari dari mendapat rahmat Allah swt dan untuk mendapatkan mardhatillah itu mestilah melalui jalan ataupun kaedah yang diamalkan oleh Baginda Nabi iaitu melalui syura ataupun musyawarah.

Kita sebagai seorang muslim yang menjadikan orang-orang Barat sebagai idola mereka seharusnya berasa malu kerana tidak menjadikan tokoh-tokoh islam yang hebat seperti Saidina Umar Al-Khatab, Muhammad Al-Fateh dan juga Salahuddin Al-Ayubi sebagai idola mereka, apatah lagi Baginda Rasulullah. Bahkan seorang ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di Amerika Syarikat iaitu Michael H. Hart dalam bukunya “The 100″ yang diterbitkan baru-baru ini telah meletakkan Baginda Nabi ditempat pertama tokoh yang paling berpengaruh didunia kerana kemampuan Baginda untuk meninggikan darjat manusia bukan sekadar luaran semata-mata tetapi juga dalaman yang bersifar spritual. Maka tidak ada sebab untuk kita tidak mengikuti sunnah yang nabi tinggalkan kepada kita dengan alasan sudah lapuk dan tidak "up to date", tidak sesuai dengan keadaan moden dewasa kini. Maka mereka yang beranggapan seperti itu boleh saya ibaratkan sebagai menghina nabi dan tidak layak untuk mendapat syafaat Nabi ketika berada di negeri Akhirat.

Saya juga berasa hairan dan juga terkejut bilamana isu perarakan sempena Maulidur Rasul ini dipolitikkan oleh segolongan yang berpolitik sempit. Dari sudut pandang sisi sebagai mahasiswa, saya berpendapat jikalau dengan melakukan perarakkan itu boleh menjadikan kita ini bertambah kecintaan kepada Rasullullah saw, saya mempersilakan kepada mereka untuk berarak. Bak kata pepatah, "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan". Tetapi persoalan yang timbul sekarang, mengapa pula perlu memarahi atau memusuhi mereka yang tidak mengadakan perarakan tersebut? Masing-masing ada hujah dan juga pendapat mengenai isu ini. Apa yang penting ialah kita seharusnya mengamalkan sunnah Baginda Nabi saw yang semakin hari semakin dipandang enteng oleh masyarakat umat Islam sekarang ini dan tidak bergaduh disebabkan perkara-perkara kecil. Pengamalan sunnah itu mestilah dijadikan sebagai satu kepastian bermula dari kita bangun tidor dan sehinggalah kita mahu tidor kembali. Semuanya mestilah mengikuti ajaran sunnah Baginda Nabi saw.

Sebelum saya mengakhiri perutusan ini, saya ingin menyeru kepada semua umat Islam untuk bersatu dalam menegakkan Kalimah Allah dimuka bumi ini khususnya di Malaysia ini. Berdakwah merupakan satu sunnah yang paling besar Baginda Nabi tinggalkan kepada kita semua. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menempuh alam peperiksaan kepada semua mahasiswa/i PTPL dan juga MSU. Semoga antum semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang agar imej kita sebagai mahasiswa Islam dipandang tinggi oleh masyarakat dan dapat secara tidak lansung menaikkan nama Islam itu sendiri. Bitawfiq wa najjah saya ucapkan.

Salam

Perutusan Presiden PMIMSU 08/09
Mohamad Halim Bin mohamad Shariff











JOM DATANG BERAMAI-RAMAI KE MAJLIS ILMU


PENCERAMAH:USTAZ ANHAR BIN OPIR
(PENSYARAH DI UPSI)


PERNAH DIJEMPUT SEBAGAI PANEL SEMASA TALKSHOW MINGGU PENGHAYATAN ISLAM TAHUN LEPAS


MAKANAN DAN MINUMAN DISEDIAKAN SELEPAS SOLAT HAJAT

SILA SEBARKAN KEPADA SEMUA





Apa persamaan antara sambutan Tahun Baru 2010 dan juga Valentine's Day?

Walaupun hari Valentine's day sudah lama berlalu, tetapi belum terlambat untuk saya mengupas sedikit-sebanyak tentang hari yang digelar dengan hari kasih-sayang ini.

Saya cukup yakin ramai sahabat-sahabat yang lain telah menulis isu Valentine's day ini dengan lebih terperinci, dengan sejarahnya, dengan sambutannya, dengan kesannya dan pelbagai lagi. Saya pula akan mengambil satu juzuk kecil tentang isu valentine's day ini yang mana ada kaitan dengan sambutan tahun baru.

Apa persamaannya? Persamaanya adalah kedua-dua hari ini adalah hari yang paling malang bagi umat Islam terutamanya kita yang bergelar remaja. Penzinaan berlaku dengan meluas tanpa ada sekatan. Kalaulah ditakdirkan bala turun, pada waktu inilah saya rasa paling sesuai lantaran manusia sedang asyik berseronok dengan dunia. Waktu paling teruk dan paling menjijikkan kerana seluruh dunia sedang bermaksiat kepada Allah SWT.

Selepas berlaku penzinaan, inilah hasilnya. Lahirlah anak-anak luar nikah dan statistik ini akan meningkat sekitar bulan September dan keatas kerana apa? Kerana sudah cukup 9 bulan janin dikandung, maka untuk menghilangkan rasa malu, maka anak-anak ini akan dibuang di merata tempat.







Takut pula bilamana saya mengenangkan bayi-bayi ini akan bangkit dari kubur untuk mencari siapakah ibubapanya.
Adakah anda sebahagian dari statistik durjana ini?


admin.

Antara Hak dan Batil

Pertentangan antara Islam dan Kuffur, antara Hak dan Batil serta antara keadilan dan kezaliman adalah perkara yang berlaku semenjak daripada permulaan penciptaan manusia bahkan ia akan terus berlaku sehingga saat paling dekat dengan hari kiamat. Akan sentiasa ada dalam setiap zaman itu, manusia yang berada dalam golongan yang baik ataupun dalam golongan yang batil. Ini adalah suatu ketentuan Allah di muka bumi yang fana ini. Beruntunglah mereka yang berda di dalam golongan hamba yang baik. Rugilah mereka yang memilih kebatilan, kekufuran dan kezaliman sebagai jalan hidup mereka tanpa sempat kembali kepada fitrah Islam yang suci murni

Bermula semenjak kelahiran Nabi Adam a.s., Iblis telah menonjolkan dirinya selaku lambang kekufuran yang senantiasa berusaha memesongkan manusia daripada fitah Islam yang suci lagi muni. Lihatlah bagaiman Iblis memalingkan Nabi Adam daripada larangan Allah, tuhan yang maha mengetahui fitrah dan keperluan manusia. Allah menunjukkan contoh terbaik kepada kita umat manusia melalui kisah Nabi Adam ini bahawa mematuhi hukum Allah itulah yang paling utama dalam kehidupan. Adakah Nabi Adam bersalah semata-mata kerana memakan buah tersebut? adakah dinyatakan dalam al-Qur'an bahawa buah tersebut adalah beracun atau membahayakan kesihatan dan disebabkan itu, Allah mengharamkannya? Tidak. Nabi Adam dihukum adalah kerana melanggar larangan Allah. Itu sahaja. Melaui kisah Nabi Adam ini, Allah menunjukkan kepada kita bahawasanya untuk mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya itu, bukan perkara yang mudah.


Hasil tulisan:

Rafiuddin Ramli
Excom Dakwah & tarbiyyah PMIMSU