Alhamdulillah, pada hari ahad yang lepas bersamaan 9 mei 2010, PMIMSU telah mengadakan aktiviti 'Berkayak bersama PMIMSU". Seramai 30 peserta telah mendaftar untuk menyertai program ini walaupun sebelum ini telah ditangguhkan sebanyak 2 kali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
" Alhamdulillah, kami berjaya juga melaksanakan program ini walaupun sebelum ini menghadapi pelbagai halangan. Objektif utama diadakan program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pimpinan PMIMSU dengan ahli. Selain itu, program seumpama ini juga untuk menunjukkan bahawa PMIMSU terbuka kepada semua mahasiswa muslim dan non-muslim kerana terdapat mahasiswa yang non muslim juga menyertai program kami ini. Ini menunjukkan PMIMSU mula diterima oleh semua mahasiswa yang non muslim" kata saudara Presiden PMIMSU,Halim yang ditemui selepas program ini tamat.
insyaAllah kami akan mengadakan lagi aktiviti seperti ini pada masa-masa akan datang.