Antara Hak dan Batil

Pertentangan antara Islam dan Kuffur, antara Hak dan Batil serta antara keadilan dan kezaliman adalah perkara yang berlaku semenjak daripada permulaan penciptaan manusia bahkan ia akan terus berlaku sehingga saat paling dekat dengan hari kiamat. Akan sentiasa ada dalam setiap zaman itu, manusia yang berada dalam golongan yang baik ataupun dalam golongan yang batil. Ini adalah suatu ketentuan Allah di muka bumi yang fana ini. Beruntunglah mereka yang berda di dalam golongan hamba yang baik. Rugilah mereka yang memilih kebatilan, kekufuran dan kezaliman sebagai jalan hidup mereka tanpa sempat kembali kepada fitrah Islam yang suci murni

Bermula semenjak kelahiran Nabi Adam a.s., Iblis telah menonjolkan dirinya selaku lambang kekufuran yang senantiasa berusaha memesongkan manusia daripada fitah Islam yang suci lagi muni. Lihatlah bagaiman Iblis memalingkan Nabi Adam daripada larangan Allah, tuhan yang maha mengetahui fitrah dan keperluan manusia. Allah menunjukkan contoh terbaik kepada kita umat manusia melalui kisah Nabi Adam ini bahawa mematuhi hukum Allah itulah yang paling utama dalam kehidupan. Adakah Nabi Adam bersalah semata-mata kerana memakan buah tersebut? adakah dinyatakan dalam al-Qur'an bahawa buah tersebut adalah beracun atau membahayakan kesihatan dan disebabkan itu, Allah mengharamkannya? Tidak. Nabi Adam dihukum adalah kerana melanggar larangan Allah. Itu sahaja. Melaui kisah Nabi Adam ini, Allah menunjukkan kepada kita bahawasanya untuk mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya itu, bukan perkara yang mudah.


Hasil tulisan:

Rafiuddin Ramli
Excom Dakwah & tarbiyyah PMIMSU

No comments:

Post a Comment