Ruh Manusia

Ruh manusia itu ibarat piring yang dipinjam. Ketika di alam roh, semua roh mengakui bahawa ALLAH SWT adalah Rabb mereka. Selepas kita meminjam piring, terdapat tiga keadaan terhadap piring tersebut ketika dipulangkan kepada empunyanya.

Pertama, jika piring itu dicuci terlebih dahulu sebelum dikembalikan, dan kemudian bersih berkilat seperti rupa asal. Maka, piring tersebut akan terus diletakkan ke dalam rak oleh tuannya.

Kedua, jika piring itu dikembalikan dalam keadaan masih kotor dan belum dicuci, maka tuan piring tersebut akan membasuh piring tersebut sehingga benar-benar bersih dan kemudiannya diletakkan kembali ke dalam rak.

Manakala keadaan ketiga, apabila piring dikembalikan dalam keadaan rosak (pecah) dan kotor, maka pemilik akan menjadi marah dan langsung membuang piring tersebut.



MAKSUD TAMSILAN

Piring itu adalah roh kita sedangkan pemilik itu adalah ALLAH SWT. Jika roh menghadap ALLAH SWT dalam keadaan bersih dari syirik, maksiat dan dosa seperti mula-mula dilahirkan dahulu, maka roh tersebut akan terus diletakkan ke dalam syurga. Tetapi jika roh datang dengan kotoran dosa, maka ALLAH akan memcucinya terlebih dahulu ke dalam neraka sebelum masuk ke syurga. Dan sekiranya roh yang datang dengan kecacatan kerana syirik, munafik, dan murtad, maka roh tersebut akan dicampakkan ke dalam api neraka selama-lamanya.

Mari kita renung beberapa firman ALLAH SWT perihal roh.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raaf 7 ayat 172:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’ Mereka menjawab, ‘Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi.’...”.

Firman Allah di dalam Surah As-Syams 91 ayat 7-10, maksudnya:

“Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

Firman Allah dalam Surah As-Syu’ara 26 ayat 88-89, maksudnya:

" Yakni pada hari ketika harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang -orang yang menghadap ALlah dengan hati yang tenang."


Exco Dakwah PMIMSU sesi 10/11
Ummu Aiman Bt Hasbullah

2 comments:

  1. kadang2 timbul jg keinsafan dlm hati dan semangat yg ingin berubah...tp nk lalui jln mujahadah tu terlalu sukar utk di lalui...hope sgt di beri kekuatan utk istiqamah

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..selalu berdoa kpda Allah supaya diberi kekuatan untuk berubah.

    dan juga penting mencari suasana yg boleh mendorng kepada perubhan yang baik,terutama mencari sahabat yang bersedia membimbing kita ke arah kebaikan.

    ReplyDelete