Taaruf's Day

Seperti kebiasaanya, pada setiap awal semester baru PMIMSU akan mengadakan satu perjumpaan bersama ahlinya. Dan untuk semester baru ini, perjumpaan Taaruf's Day telah diadakan pada Rabu lepas (8 Disember) di kelas 605 . Walaupun hujan tetapi kehadiran ahli seramai hampir 80 lebih yang sanggup untuk hadir sangat dipuji dan dihargai oleh kami. Walaupun didalam perancangan terdapat ucapan alu-aluan dari penasihat PMIMSU iaitu Ustaz Herzali tetapi ustaz tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat dengan pihak pengurusan.

Walau bagaimanapun majlis tetap berlansung dengan meriah dan penuh kemesraan seperti satu keluarga. Wartawan PMIMSU@online sempat menemubual saudara Presiden, Halim tentang perjalanan majlis pada hari itu.

" Alhamdulillah syukur kerana kita dapat bersama-sama walaupun terdapat rintangan hujan yang turun tetapi ahli kami tetap juga datang untuk bersama-sama pada petang ini. Ini sesuatu yang sangat kami hargai diatas komitmen sahabat-sahabat sekalian."

Tambah beliau lagi, "Untuk semester ini, kami akan menekankan konsep kekeluargaan dengan menggalakkan ahli untuk menghayati konsep ukhwah seperti mana yang disaran di dalam Al-Quran surah Al_hujurat ayat 10 "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat" dan juga hadis Baginda S.A.W yang bermaksud "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia kasih (mengutamakan) saudaranya sebagaiman ia kasihkan dirinya sendiri".

Selepas ucapan Presiden, majlis pada petang itu itu diteruskan dengan sesi soal jawab sambil diselangi dengan cabutan bertuah. Pelbagai soalan dan juga idea-idea bernas telah diberikan oleh ahli dan ini menunjukkan bahawa ahli PMIMSU bukanlah bersifat pasif sebaliknya bersifat proaktif.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Syed Abdul Faiz dan juga sedikir jamuan ringan. Moga perjumpaan pada kali ini diberkati Allah dan juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pimpinan dan juga ahli PMIMSU.




No comments:

Post a Comment