Pendirian PMIMSU tentang isu iklan Hari Raya TV3

Assalamualaikum wbt.

Kami PMIMSU ingin menyatakan pendirian kami tentang iklan Hari Raya yang dikeluarkan baru-baru ini oleh stesen swasta TV3. Bagi kami, iklan tersebut dengan jelas dan terang telah memesongkan akidah umat Islam yang sedia maklum telah lemah desawarsa ini.

Pengaplikasian konsep 1 Malaysia (percampuran pengamalan keagamaan) adalah sama sekali tidak dibenarkan seperti mana firman Allah swt di dalam surah Al-Kaafiruun ayat 6 " untuk kamu agama kamu dan bagiku agamaku". Kami agak kesal dengan pengeluaran iklan tersebut yang ternyata diluluskan tanpa mengambil kita sensitiviti penganut agama Islam di negara kita ini.

Walaupun pemohonan maaf telah dibuat, saya mendesak beberapa tuntutan kepada pihak pengurusan stesen tv3 iaitu:

1) Setiap pengeluaran iklan mestilah mendapat pandangan tokoh agama supaya perkara yang sama tidak lagi berulang

2) Menghapuskan iklan yang berunsur kelucahan dan pengeksploitasian terhadap wanita

3) Selain itu, pihak stesen TV3 harus menghentikan program yang berbentuk hedonism yang tidak memberi faaedah kepada masyarakat seperti program Mentor, My Star LG dan konsert hiburan.

Kami berharap agar pihak stesen TV3 mengambil pengajaran dengan apa yang telah berlaku dan tidak mengulangi lagi perkara-perkara yang boleh menjatuhkan martabat Islam itu sendiri.

Presiden PMIMSU sesi10/11
Mohamad Halim Bin Mohamad Shariff






5 comments:

  1. Saya berharap PMIMSU tdk mnjadi persatuan yg hanya sukakan komen brbentuk puji-pujian dan memadam sgl komen2 berunsur kritikn yg mmbina...

    ReplyDelete
  2. salam...

    tak sangka ada yang anggap isu ini sebagai "bosan".
    Apa pun, keprihatinan PMIMSU amatlah disokong.
    Semoga semua warga MSU terutamanya yang beragama Islam juga sedar akan isu2 sebegini yang boleh menggugat iman para penonton terutamanya generasi muda.

    Bayangkan, budak2 yang masih cetik agama (yang dewasa pun apa kurangnya), melihat iklan seperti ini, mungkin mereka secara tidak sedar beranggapan agama Islam boleh disatukan bersama agama2 lain. Itu baru satu iklan, bagaimana pulak dengan cerita2, iklan2 dan drama2 lain?

    Okay, enough for my part, thumbs up for this post! :)

    ReplyDelete
  3. hmm..agk terkejut jgk ade yg bosan with this post..btw, ni adalah cadangan yg baik utk kite sume..lgpun, progrm2 realiti tersebut tidak byk atau xmmbntu kite dri segi semua aspek...tu pndpt saye lah..

    apepun, thnks sebb bg info sal iklan ni..=)

    ReplyDelete
  4. mungkin ada salah faham disini...yang penting kita sama2 bersangka baik

    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  5. hrp iklan2 yg akn dtg akn ditapis sebaiknya..=)


    salam aidilfitri.....

    ReplyDelete