PMIMSU bantah konsert Adam Lambert

Sungguh mengecewakan! Itulah pepatah yang sesuai diucapkan bila wartawan PMIMSU@online mendapat tahu bahawa konsert Adam Lambert akan dianjurkan pada 14 October ini di Stadium Putra. Mungkin ramai yang tidak tahu siapakah penyanyi yang berasal dari Amerika Syarikat ini. Dia merupakan penyanyi yang gemar melakukan perkara-perkara lucah ketika mengadakan konsert nyayian dan menurut sumber yang boleh dipercayai, dia juga merupakan seorang gay.



Gambar ini mungkin tidak sesuai dilihat

Mengulas perkara ini, wartawan PMIMSU@online telah bertemu dengan saudara Presiden, Halim untuk mendengar pendapat beliau.

" Saya (masih lagi) hairan, kenapa konsert yang melibatkan artis Barat seperti contoh Adam Lambert selalunya mudah untuk diterima masuk tanpa sekatan dari mana-mana pihak. Bahkan artis yang dibawa masuk kali ini juga merupakan artis yang teruk dari segi perangainya, kerana dia boleh mempengaruhi anak-anak muda terutama Muslim untuk mengikutinya (gejala gay)."

Tambah beliau lagi, "kerajaan sepatutnya 'alert' dengan perkara sebegini. Dengan status kononnya negara Islam, tindakan membenarkan konsert liar ini akan mencemarkan Malaysia pada kaca mata dunia Islam. Lupakah apa yang telah terjadi pada kaum Nabi Luth yang mengamalkan gejala seks songsang? Kita tidak mahu bala menimpa kepada semua rakyat Malaysia."

"Sepatutnya kerajaan menyokong artis yang membawa konsep ketuhanan seperti Maher Zain yang sukar mendapat tajaan untuk datang ke negara kita, berbanding membawa artis liar untuk berhibur" kata beliau dengan nada sinis.

PMIMSU@online juga mendapat maklumat bahawa Adam Lambert telah menyertai America Idol tetapi telah kalah kerana rata-rata penduduk Amerika sendiri tidak dapat menerima kehidupan Gaynya. Jikalau penduduk Amerika sendiri menolak Adam Lambert, apakah kita yang bangga digelar negara Islam sanggup menerima kunjungan pembawa bala ini?

Kami berharap kerajaan menimbang semula pemberian lesen kelulusan konsert ini, jikalau tidak, kami akan terus mengadakan bangkangan agar negara kita bebas dari gejala hedonisme yang tidak bermanfaat khususnya kepada umat Islam negara ini.



6 comments:

  1. sokong!! ada bantahan???? korg blh cari ak klo korg rase diri tu pro adam lambert!! ak mmg sokong sepenuhnye bntahan ni!!!
    -zakwan fadzil-

    ReplyDelete
  2. wa support lu de zakwan fadzil....

    ReplyDelete
  3. betul tu wahai reporter n tuan presiden, tp ape channel yg spatutnye tuk kite usulkan bantahan mcm ni...hrp hal ini di keutarakan ke saluran yg betul n spatutnye, supaye bantahan kite akan mndatangkan hasil, insyaAllah~

    ReplyDelete
  4. Salam...mFaiz

    InsyaAllah apa yang kami usahakan adalah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan terutama anak muda Muslim bahawa betapa buruknya budaya hedolism ini...biarlah kita menjadi pencetus kepada kebangkitan ini.Seperti iklan tv3 yang menyesatkan itu, Alhamdulillah semua orng Islam bangkit menyatakan kesesalan,tidak mustahil perkara yg sama berlaku lagi.

    Bilaman kesedaran semua sudah meningkat, barulah kita bersama-sama dalam kelompok yang besar (supaya impact bantahan yg lebh besar) untuk membantah mngikut channel bntahan yg sepatutnya dan bekerjasama melalui mana-mana pihak untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati kita ini.

    TK

    ReplyDelete
  5. gmbr tue rsenye ptt delete kut..tk sesuai dipaparkn kt blog islamik nie..buat rse stim jer..hahahaha

    ReplyDelete
  6. aduyai Anonymous ni...rase pic tu perlu, sbb mlalui pic tu br sy 'terbuka' mata betapa dasat nye si ADAM LAMBERT ni~

    (well, time AI8 dulu penah la gak agak minat dgn suara+style si Yahudi sorang ni, tp bile tau betapa dasat perangai+pengaruh yg mampu dia buat, mmg nauzubillah la)

    ReplyDelete