Islamic & Culture Center pusat Syiar Islam

Alhamdulillah, akhirnya kampus kita mempunyai tempat solat yang juga dikenali sebagai Islamic & Culture Centre (CCI) yang secara rasminya telah digunakan untuk solat Jumaat yang lepas. Yang lebih menariknya, kutbah Jumaat telah disampaikan oleh Dato' Presiden kita sendiri. Setelah hampir 3 bulan lebih menunggu semenjak kampus baru ini boleh digunakan semenjak sesi kemasukan Mei yang lepas, staff dan juga siswa/i boleh menarik nafas lega kerana dapat menunaikan ibadah solat dalam keadaan yang lebih selesa berbanding dengan surau sementara di tingkat 5 blok Akademik.


Setiausaha Agung PMIMSU, saudara Syed Abdul Faiz ketika ditemubual oleh wartawan PMIMSU@Online berkata, walaupun ianya ringkas tetapi cantik dan selesa. " Banyak kemudahan khas ditingkat 2 yang disediakan seperti bilik teater dan dewan teater. Bahkan En Syed dari SCD juga mempelawa PMIMSU mengadakan program-program dakwah disana."

Beberapa mahasiswa yang ditemui juga melahirkan rasay syukur dengan adanya ICC ini. Saudara Firdaus, 24berkata, " Dengan adanya ICC ini, ia dapat meningkatkan aktiviti jasmani dan rohaniah serta (dapat) mengeratkan silaturahim antara pelajar-pelajar, dan juga pensyarah serta kakitangan di kampus MSU ini". sementara itu, Nurul Zahidah, 23 meluahkan rasa syukurnya dengan adanya ICC ini. " Saya rasa terharu kerana selama tinggal di Brunsfield, tidak pernah mendengar suara azan secara 'live' begini".


Bagi pihak kami, harapan kami adalah supaya ICC ini dapat digunakan semaksimum mungkin dengan menghidupkannya dengan aktiviti-aktivit keagamaan dan dakwah serta dipermudakan untuk melaksanakannya tanpa banyak kerenah birokrasi. Kita tidak mahu masjid hanya digunakan untuk hiasan semata-mata berdasarkan hadis Baginda " Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid" riwayat Abu Daud.



No comments:

Post a Comment