Perutusan Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setelah kita menjalani ibadah puasa beberapa bulan yang lepas, kini kita pula akan menjalani ibadah korban ataupun Hari Raya Aidil Adha. Segala pujian rasa syukur harus kita lafazkan tatkala ramai saudara kita sedang menderita terutama di Palestin tetapi kita akan menyambut didalam keadaan yang aman. Tetapi ramai sekali diantara kita yang kurang bersyukur seperti mana yang terdapat dalam surah Saba ayat 13 bermaksud " dan amat sedikit dari hamba-hambaku yang bersyukur". Apakah kita termasuk dalam golongan tersebut? Akal diberi Tuhan untuk kita berfikir.

Sahabat-sahabat sekalian,

Dalam menyambut hari raya Aidil Adha kita tidak akan terlepas dari konsep pengorbanan. Dan dalam konteks kita sebagai seorang yang masih lagi menuntut ilmu, kita harus melakukan pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga dalam mencapai kejayaan. Itu semua harus kita korban jika mahu menggengam sebuah kejayaan. Kejayaan didalam pelajaran haruslah seimbang dengan dengan kejayaan dalam sahsiah dan juga akhlak. Apa guna kita sanggup berkorban untuk berjaya di dunia tetapi tidak sanggup untuk berkorban untuk akhirat. Ramai yang tidak sanggup untuk mengorbankan wang ringgit dan juga masa untuk berdakwah, bahkan sebenarnya itulah yang sangat dituntut oleh agama kita. Tidak ada syarat untuk berdakwah harus mereka yang memakai serban, tudung labuh, ustaz dan ustazah sehaja. Semua boleh berdakwah dalam erti kata yang lain mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Itulah yang PMIMSU lakukan di bumi wakafan MSU ini. Saya berharap agar sahabat-sahabat bersama-sama kami dalam menjalankan usaha dakwah ini.

Sebelum mengakhiri, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada mahasiswa/i baru yang akan mendaftar pada hujung minggu ini dan juga selamat kembali meneruskan perjuangan kepada mahasiswa/i senior. Harus diingat, ilmu dunia dan akhiart perlu dicari secara seiring. Inilah pengorbanan yang harus kita lakukan untuk berjaya di dunia dan akhirat.


Presiden PMIMSU 10/11
Mohamad Halim Bin Mohamad Shariff


No comments:

Post a Comment