Perjumpaan Ta'aruf Day

Alhamdulillah, itulah ucapan yang paling sesuai kami ucapkan. Setelah hampir 2 minggu merancang, akhirnya kami berjaya juga mengadakan program PMIMSU yang pertama untuk sesi 10/11. Pada 30 Jun bersamaan 18 Rejab yang lepas, program Taa'ruf Day telah diadakan di A0604 bermula pukul 5.30 petang. Kami berasa agak terkejut dengan sambutan yang diberikan kerana mengikut senarai nama pendaftaran, seramai 106 orang telah hadir ke program tersebut.

Kehadiran yang memberansangkan ini telah memberi kami semangat untuk berjuang dalam medah dakwah ini. Bahkan buat pertama kali dalam sejarahnya, kami telah menerima keahlian non-muslim seramai 3 orang dan mereka telah hadir sekali pada program ini untuk menunjukkan sokongan mereka kepada PMIMSU. Mengulas isu ini, saudara Presiden Halim berkata "Mengapa kita tidak boleh membuka keahlian PMI kepada non muslim? saya tidak nampak ada masalah dengan perkara tersebut. kami mengajak mereka untuk menyertai program tertentu seperti aktiviti riadhah, talkshow motivasi, dan bukannya aktiviti yang melibatkan perkara ibadah seperti solat.”

Tegas beliau lagi "Apakah mereka ini adalah golongan non muslim bermakna mereka tidak mempunyai hak untuk menyertai program yang bukan bersifat ibadah?Mengapa perlu ada sifar diskriminasi sebegitu?Saya yakin jika kena pada caranya banyak kebaikan yang akan dapat sekiranya kami membuka keahlian kepada non muslim."

Bahkan program pada petang itu juga menjadi ‘panas’ terutamanya ketika sesi soal jawab antara ahli dan juga pimpinan. Pelbagai idea dan juga pandangan yang kritis dan membina telah diberi oleh ahli untuk memantapkan lagi PMIMSU dan ini menunjukkan bahawa ahli juga bersedia bersama dengan pimpinan untuk meneruskan gerak kerja dakwah ini.

Moga PMIMSU terus maju dalam membentuk biah solehah di bumi wakafan MSU ini.InsyaAllah.





2 comments:

  1. ohh ruginyaaa x dpt dtg masa ni. ada hal la plak
    ermmm tp xpe la dpt register as member pon da cukup baik punyerrr...ekekeke

    salam

    ReplyDelete
  2. Salam..

    takpe, nnti pelbagai program yg telah dirangcang untuk sem hdapan..jgan lupa untuk join :)

    ReplyDelete